Home » , , » Enam Tabung Yang Perlu Anda Tahu Dan Praktikkan.

Enam Tabung Yang Perlu Anda Tahu Dan Praktikkan.

Written By Unknown on Saturday, 8 November 2014 | 2:02:00 am

Bismillah..

Its AWESOME day… ^____^


InsyaAllah, harini saya nak share sikit tentang ilmu yang baru saya dapat melalui grup kesayangan saya dalam Shaklee --- TIPS MENGURUSKAN KEWANGAN.



Siapa dalam ni yang memang dah bahagi siap-siap kalau dia dapat gaji ke, bonus ke..
Ada tak? Cuba angkat tangan sikit! :D


Berapa pembahagian ye yang korang buat untuk gaji yang korang dapat tu?

3, 4, 7, 8???

Huhu..banyak sangat tu kalau sampai 8.

Ok, meh nak share sikit..

6 TABUNG AJAIB. (Pandai-pandai je bagi nama..haha)


#TABUNG NECESSITY --- Tabung Keperluan (55%)
  


Tabung inilah untuk segala keperluan kita daripada makan, pakai, pampers anak, segala bil dan sebagainya.

Katakanlah, keperluan anda melebihi gaji yang anda dapat. Apa yang perlu anda lakukan?
  1.       Kurangkan perbelanjaan seminimum yang boleh. 
Contoh : Kalau hari ni tidur pakai aircond, lepas ni tutup dulu aircond tu. Guna kipas je. Jimat.

Kalau hari ni asyik selalu sangat makan diluar, lepas ni kerapkanlah masak sendiri supaya lebih jimat.

 2.    Jangan bergantung dengan satu pendapatan sahaja. 

Buat pelaburan untuk membina sumber pendapatan kedua. Macam saya, saya pilih Shaklee.. hihi.



#TABUNG LONG TERM SAVING SPENDING --- Tabung Perbelanjaan Jangka Masa Panjang (10%)




Tabung ni untuk realisasikan impian kita, sebagai contoh.. 

Nak pergi umrah satu family. So start saving from now kalau taknak keluarkan duit sedepuk terus. Huhu. Kalau nak FREE umrah boleh, Shaklee ada sponsor..nak tahu cara? Boleh tanya saya..

Ataupun skop kecik sikit, nak belikan anak basikal bila dah umur 2 tahun. Jadi boleh masuk dalam tabung ni..




#TABUNG EDUCATION --- Tabung Pendidikan (10%)




Bila sebut tentang tabung pendidikan, nak remind ye..bukan pendidikan anak-anak tau. 

Kalau bab pendidikan anak-anak masuk kat tabung keperluan tu. 

Tabung ni untuk kita la sebagai mak ayah nak upgrade diri.

Join seminar parenting, macam mana nak didik anak hafal Al Quran. Macam mana nak didik anak cara Nabi. And so on..belajar sampai mati.


 
#TABUNG FUN --- Tabung Untuk Enjoy (10%)




Haaa..yang ni istimewa buat reward anak-anak kita yang redha masa mereka bersama mak ayah diambil dek kerana mak ayah kena kerja.. Topup balik dengan Quality time atau spending time dengan benda-benda yang menyeronokkan anak-anak…

Boleh bawa anak-anak makan angin, zoo ke, bawa ke tepat-tempat berfaedah, belanja makan, reward dengan buku-buku bermanfaat dan lain-lain..Wajib habiskan duit dalam tabung ni,hehe..



#TABUNG FINANCIAL FREEDOM ACCOUNT --- Tabung Bebas Kewangan (10%)




Duit dalam tabung ni untuk kita jadikan sebagai pasif income, atau untuk kita invest dalam pelaburan.


#TABUNG CHARITY --- Tabung Kebajikan (5%)



 
Okey, duit dalam tabung ni untuk kita keluarkan zakat, sedeqah dan infaq. Kalau boleh letak target supaya makin lama makin meningkat, bukan menurun.
 
Dan the best yang saya tengah cuba nak amalkan, Sedekah selepas subuh, sebelum syuruk. Cubalah dan tengok hasilnya nanti. ;)






Okeyyy. Inilah dia enam tabung yang sangat bagus untuk kita praktikkan sama-sama.
Latih dan didik diri untuk jadi pengurus kewangan yang hebat. Perlu tahu bezakan keperluan dan kehendak.


Suplemen masuk pada keperluan ye, baju cantik mahal, barang kemas, perabot baru ..semua tu KEHENDAK je. Jangan layan sangat. Yang penting badan sihat…hihi.


Ok. Selamat beramal dan selamat kaya dan berjaya!



Luv,
Ummu 'Ayyash!

2 miracle word:

Tinggalkan jejak anda ! ;)

Sayap kiri kepada seorang suami yang cintakan perjuangan memburu syahid dan redha Tuhannya. Seorang Ummi yang sedang berjuang dalam merealisasikan impiannya.