Dia buah hati saya.
Dia yang
buat saya senyum, juga buat saya mengalir airmata.
Dia yang
tarik tangan saya ketika saya hamper jatuh, dan dia yang selalu bagi sokongan dalam
apa jua yang saya nak lakukan.
Dia lelaki
yang sentiasa berada didepan, menjadi imam dan pembimbing saya.
Alhamdulillah.
Infiniti kesyukuran.
Allah temukan
saya dengan dia.
Moment terindah, saat lafaz sakieenah... |
TINGGINYA
DARJAT SEORANG SUAMI.
Masakan
tidak, sehinggakan Nabi sendiri bersabda didalam sebuah hadis yang berbunyi,
”Jika
aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang, tentulah aku
perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.”
Sepanjang saya bernikah, inilah kalimah keramat yang menjadi
panduan saya.
Kalau tidak, mana mungkin saya mampu taat pada seorang
lelaki yang telah ‘mengambil’ saya daripada keluarga saya.
Mana mungkin saya mengikut kehendak lelaki yang telah ‘merampas’
waktu saya bermalas-malasan di atas katil.
KERANA CINTA...
Juga kerana cinta... Cinta yang mendalam terhadap dirinya.
Tanpa cinta, lakukanlah apa sahaja.
Tetap tak terasa manisnya...
Terima kasih abang kerana sudi memilih diri ini menjadi
sayap kiri, peneman hidupmu..
Semoga sakieenah, mawaddah dan rahmah Allah terus mengharum
mekar dalam perjalanan menuju keredhaanNya...
p/s : kerana cintakan Shaklee jugalah, saya sanggup redah apa saja..eceeehhh!! ;)
0 miracle word:
Post a Comment
Tinggalkan jejak anda ! ;)