Home » , , » Siapa Saya : Kenali Pemilik Senyuman Manis ;)

Siapa Saya : Kenali Pemilik Senyuman Manis ;)

Written By Unknown on Wednesday, 24 September 2014 | 2:49:00 pm

Bismillah.

^__________^

 

Senyum lebar-lebar. Hihi.

Bina peribadi dan kredibiliti sendiri :)

 

Sebelum masuk Teratak Jutawan neh, meh kenal-kenal dulu dengan tuan rumah yang comel lagi maneesss ni, hehe. (akibat ambik Shaklee la nih, terpaksa dengar orang duk puji comey. Haha :P )

 

SIAPA SAYA ?

Nama terindah yang mama abah bagi kat saya, Zulaikha binti Ali. Simple je, suami nak lafaz masa akad pun mudah, ringkas..hehe. Ada yang suka panggil saya ika, ada yang selesa panggil zue, apapun saya suka sangat kalau orang panggil full name. ^_^

 
Syurgaku terletak pada redhanya :)

Sayap kiri kepada seorang suami yang sangat cintakan perjuangan dan kebenaran. Ehe. Memang selalu kena tinggal, berjauhan tu dah jadi adat dalam baitmuslim kami. Tapi Alhamdulillah. Sebab berjauhan tulah yang sentiasa buat hubungan kami sentiasa mekar dan segar. Opppsss. Takleh lebih-lebih. Fullstop.

 

Adik beradik saya ada 6 orang , saya anak yang paling sulong dan paling comel (sekali lagi,kihkih). Sangat gemar kumpul bahan-bahan bacaan dan kemas buku di rak, tapi nak mengkhatamkan satu buku sangatlah susah. Erkkk. Hehe. Sebab suka baca secara rambang. Harini buku lain, esok buku lain. Macam tulah seterusnyaaa… sampai bila nak habes entah…

 
My Little 'Ayyash :)

Seorang ibu menyusu dan sangat support kepada breastfeeding. Alhamdulillah dengan bantuan set penyusuan Shaklee membuatkan saya kekal bertenaga, dan mampu mengekalkan kecomelan wajah(hihi) sampaikan orang ingat saya ni masih budak skolah menengah tau!  Cuma saya masih lagi terkedek-kedek belajar menjadi seorang ummi yang mithali dan super. Huhu. Insyaallah, saya hebat. Sebab saya ada Allah yang Maha Hebat :D

 

Dulu takde cita-cita nak jadi cikgu pun, sebab memang tak minat. Bukan sebab apa, tak reti nak mengajar. Jadi cikgu bukan kena mengajar je, kena didik sama! Uhuk, tapi takpe. Sejak jadi pendidik ni, bukan banyak didik anak murid pun, tapi lebih banyak didik diri sendiri. Anak-anak murid nilah yang jadi cikgu saya.

 

Jadi korang dah kenalkan tuan rumah yang ohsem nih, hihi. Jadi kalau lepas-lepas ni terserempak kat pasar ke, kat tepi jalan ke sila-sila lah tegur ai ye. Boleh kita selfie-selfie untuk ai masukkan dalam belog ni. Hehe.

 

Saya harap Teratak Jutawan inilah yang akan jadi salah satu pahala jariah saya nanti. Semoga anda-anda semua yang setia mengikuti belog ni akan jadi jutawan bukan sahaja dunia, lebih-lebih lagi kat akhirat nanti… Enjoy reading my miracle's word everyday... ^___^

 
Hanya hati yang bahagia bisa membahagiakan orang lain !

Jom sebar kebahagiaan,

Ummu ‘Ayyash :)

2 miracle word:

  1. Assalamualaikum Zue...

    Memang comel je orangnya...ni baru kak yus nampak muka zue...

    ReplyDelete
  2. Wslm Kak Yus.. ehehe.. biasa je kak. Pinjaman Allah seuanya... :)

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda ! ;)

Sayap kiri kepada seorang suami yang cintakan perjuangan memburu syahid dan redha Tuhannya. Seorang Ummi yang sedang berjuang dalam merealisasikan impiannya.