Home » , » Bisnes Hebat Dari Rumah.

Bisnes Hebat Dari Rumah.

Written By Unknown on Sunday, 21 December 2014 | 5:58:00 pm

BISNES TERHEBAT SAYA. 



BIsmillah..

Salam jutawan dunia akhirat buat pengunjung setia TeratakJutawan saya. =)

Berapa hari sahaja berbaki nak habiskan tahun 2014 yang penuh 1001 kenangan dan pengalaman...

Alhamdulillah juga, hampir sebulan saya bergelar WAHM --- Work At Home Mum. Terasa perjalanan seorang WAHM lebih mencabar dan menyeronokkan berbanding semasa bekerja dulu...

Tak sampai sebulan pun lagi, masih mencari rentak dan perlukan masa untuk susun waktu untuk uruskan rumah, anak, suami, bisnes dan diri sendiri.. ^___^

Apapun, saya sangat BAHAGIA dan SERONOK dengan passion saya sekarang --- SHAKLEE laaa,hihi.

Ini bisnes terhebat pernah saya jumpa.

MENGAPA?

Bisnes ini ajar saya,

Berbisnes bukan untuk duit, tapi untuk belajar sentuh kehidupan orang lain.

Tambah nilai dalam kehidupan sendiri dan orang lain.

Belajar mempositifkan jiwa dalam semua situasi.

Belajar meletakkan sepenuh pergantungan bahawa rezeki itu mutlak hak Allah, bukan daripada manusia.

Belajar memperbaiki mutu ibadah dan akhlak, semoga seiring dan berkualiti melebihi usia.

Belajar membantu orang lain untuk yakin dengan kebolehan diri sendiri.

Belajar memberi sebanyaknya tanpa berkira dan mempersoalkan balasan daripada sesiapa.

Belajar dan terussss belajar...

Hari-hari saya penuh dengan sesi pembelajaran direct daripada Allah, daripada Upline-upline yang hebat, daripada sahabat-sahabat yang tak lokek berkongsi ilmu dan belajar daripada pelanggan-pelanggan saya semuanya!

Semuanya mendidik jiwa saya, membantu saya menjadikan siapa saya pada hari ini..

Saya belajar mengabaikan setiap perkara negatif -- dan teruss switch kepada yang POSITIF sahaja. 

Kerana saya BERHAK BAHAGIA. =)

Alhamdulillah...
Banyak lagi impian saya dengan bisnes hebat ini.

Misi saya nak membantu lebih ramai lagi diluar sana untuk BERANI LAKUKAN PERUBAHAN dalam kehidupan sendiri.

Berani untuk keluar dari zon selesa.

Berani berimpian.

Berani berubah!

Terima kasih Allah atas anugerah ini, semoga apa yang hambaMu ini lakukan, memberi keuntungan dan keberkatan dunia akhirat.

Salam Tulus Ikhlas,

Ummu 'Ayyash ^___^

1 miracle word:

  1. Semoga Zue terus kuat berusaha mengembangkan bisnes Zue.. <3

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda ! ;)

Sayap kiri kepada seorang suami yang cintakan perjuangan memburu syahid dan redha Tuhannya. Seorang Ummi yang sedang berjuang dalam merealisasikan impiannya.