Saya diuji dengan kesihatan yang tiba-tiba merudum. Masa ni menetap di Embassy Malaysia di Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA).
SUSPECT SLE.
============
Saya kerap kena ulser dalam mulut. Sekali kena sampai 3,4 ulser di mulut, dan di lidah. Mulanya hanya sangkakan sebab panas dalam -- sebab saya ni jenis malas sangat minum air masak.
Jadi memang buat tak tahu je. Tapi bila lama-kelamaan, saya amalkan madu dan minum minyak zaitun, masih tiada perubahan. Ulser datang silih berganti, mulut tak pernah surut dari ulser bahkan bertambah.
Sampai satu tahap saya hanya mampu makan bubur sambil guna straw -- menangis nak makan sebab sakit sangat. Nak bercakap pun tak mampu dah.
Saya ambil keputusan, nak buat pemeriksaan doktor. Nasib saya baik sebab anak usrah saya -- student medic semuanya sangat-sangat membantu saya. Mereka yang bawa saya untuk buat rawatan dan menjaga saya. Macam-macam saya kena buat, scan, x-ray dan lain-lain test. Berdebar habis tunggu result dari doktor.
Pada mulanya, doktor sahkan saya menghidap sejenis penyakit autoimun --- SLE. Mula dapat berita tu dah buat saya rasa gelap dunia, luruh jantung.
SAKIT BERTERUSAN.
================
Lepas ambil ubat doktor, nampaknya masih tiada perubahan. Sakit saya masih berterusan. Dalam tempoh sakit ni betul-betul dekatkan saya dengan Allah. Minta Allah tunjuk jalan, saya solat taubat dan hajat setiap hari.
Sesi follow up dengan doktor , saya dibawa bertemu dengan doktor pakar. Pensyarah kepada student medic disana, lebih mudah bicaranya dan lebih terasa seperti seorang ibu dengan beliau.
Hasil rawatan kali ini, saya disahkan bebas SLE. Bukan SLE yang saya hadapi. Tapi suatu penyakit lain yang jarang sekali kita dengar tentangnya.
BEHCET DISEASE.
==============
Behcet disease. Saya disahkan menghadapi 'ujian' Allah ini. Alhamdulillah, lepas ambil ubat memang semakin baik. Sebulan selepas saya tamat pengajian dan pulang ke Malaysia, saya sekali lagi diserang dengan ulser tanpa henti.
Tugas saya sebagai seorang pendidik terasa amat sukar. Untuk bercakap sepatah dua pun saya tak mampu, mana mungkin saya mampu untuk mengajar?
KERAP AMBIL MC
==============
Satu lagi masalah yang saya hadapi bila diserang ulser, saya terpaksa ambil MC. Badan tak mampu nak tanggung sakit..huhu.. Hanya Allah je tahu rasanya.
Paling lama saya ambil cuti selama hampir sebulan sebab terpaksa rujuk ke pakar. So start dari situ, bermulalah episod hari-hari telan berpuluh biji ubat.
Ingat lagi kata-kata doktor pakar tersebut pada saya,"Awak terpaksa bergantung dengan ubat seumur hidup awak."
Antara nama ubat yang saya paling ingat sampai sekarang --- STEROID dan COLCICHINE. Hari-hari terpaksa telan dadah... T__T dah la mahal.. Hampir beribu juga duit rawatan masa tu...
Masa tu memang tak kenal Shaklee lagi. Kalau tak saya sanggup tukar alternatif lain.
******************************
Alhamdulillah, sekarang saya dah semakin sihat lepas amalkan suplemen. Walaupun ada masa saya akan 'diserang' lagi, tapi alhamdulillah.. Tak seteruk dulu. Semoga saya sembuh sepenuhnya dengan izin Allah...
Sebab tu saya naaaak sangat bantu ramai orang diluar sana supaya kenal dengan alternatif suplemen yang membantu mencegah dari dalam.. Supaya takde lagi yang menderita kesakitan, sebab setiap penyakit akan ada penawarnya kecuali mati.
Biarlah mahal manapun, nilai kesihatan kita lebih mahal lagi. Jangan sayang wang anda kalau anda mahu sihat. Sebelum terlambat --- cegahlah sekarang!
Saya akan bantu anda sebaik mungkin.. Dengan izin Allah.
Salam Sayang,
Ummu 'Ayyash
0 miracle word:
Post a Comment
Tinggalkan jejak anda ! ;)